suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Individu Dera Kanak-Kanak Sampai Mati

IPOH: Polis kini giat mengesan individu yang bertanggungjawab mendera seorang kanak-kanak perempuan sehingga meninggal dunia di Menglembu, di sini, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan bagi membantu siasatan.

"Sehingga kini kita sedang siasat siapa yang bertanggungjawab (mendera kanak-kanak itu)... ibu bapa atau penjaga. Semasa didera, siapa yang menjaga mangsa ketika itu," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Kayuhan Beca 1Malaysia di sini, Isnin.

Hasnan berkata kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan berhampiran akibat sesak nafas.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan kecederaan dan lebam di bahagian kepala mangsa.

Dera, Ipoh

Artikel Berikut

Artikel Lain