suria

Banjir Sarawak: 124 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Malam Ahad

Gambar keadaan banjir diambil oleh Unit Dron Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak pada pukul dua petang Sabtu di Kampung Hulu, Serian, kira-kira 60 kilometer dari Kuching. Foto: Bernama

KUCHING:  Sejumlah 124 orang daripada 32 keluarga berada di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 malam Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 51 orang daripada 14 keluarga tengah hari tadi.

Beliau berkata tiga pusat pemindahan menempatkan mangsa banjir manakala sebuah pusat pemindahan menempatkan mangsa tanah runtuh.

"Pusat pemindahan Gereja Sacred Heart menempatkan 48 orang mangsa daripada12 keluarga; Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripadasembilan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siti Huzaimah berkata sebuah lagi pusat pemindahan di Balai Raya Koran yangmenempatkaan 10 mangsa daripada dua keluarga pula dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa.-Bernama

Banjir Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain