suria

Wanita Hilang Ketika Daki Bukit Keledang Ditemui Selamat

IPOH: Seorang wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang Isnin semasa mendaki Bukit Kledang di Menglembu, Pasir Puteh di sini bersama suami ditemui selamat pagi Selasa.

Ketua Zon 1 Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Ruhisha Haris berkata wanita itu ditemui pada pukul 4.14 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari tempat terakhir beliau dilihat.

"Wanita itu ditemui di tepi anak sungai di bawah cerun dalam keadaan lemah dan kelaparan, tetapi tidak cedera," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya wanita itu dibawa turun ke kaki bukit oleh anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh Pasukan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Menurut Ruhisha berdasarkan temubual, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk bergerak ke arah anak sungai memandangkan hari semakin gelap selepas beliau gagal menemui trek sebenar.

Wanita itu dilapor hilang sejak pukul 7 pagi Isnin semasa beliau dan suami mendaki Bukit Kledang dalam keadaan berasingan untuk sampai ke puncak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

25 Selamat Selepas Bas Jatuh Gaung

Artikel Lain