suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

27,000 Anak Ayam Rentung

MANJUNG: Sebanyak 27,000 anak ayam mati selepas sebuah reban hangus terbakar di Jalan Pasir Panjang, Batu 10, Segari dekat sini pagi Jumaat.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi tersebut.

"Sebaik tiba kami mendapati reban ayam itu telah 60 peratus terbakar," katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.--Bernama


Segari, anak ayam, bomba

Artikel Sebelum

TPM Lancar Dasar KDN

Artikel Lain