suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Balak Mengaku Rasuah Renjer Hutan

KUANTAN: Seorang pengurus syarikat pembalakan mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang renjer hutan.

Pee Hong Seng, 40, mengaku menawarkan RM10,000 kepada renjer hutan, Dahalan Yusof supaya tidak mengambil tindakan terhadap pekerjanya yang telah ditangkap kerana menjalankan pembalakan haram.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Bilik 106, Hotel Inderapura Jerantut lebih kurang jam 6 petang, 22 Oktober tahun lalu.

Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan hukuman denda RM20,000.

Sekiranya gagal membuat pembayaran dia akan dipenjara selama lima bulan dan semua bahan kes dirampas serta dilucutkan hak.

Pee Hong Seng

Artikel Berikut

Artikel Lain