suria

Bauksit: Peguam Direman Sekali Lagi

KUANTAN: Seorang peguam ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rini Triany Muhamad Ali di sini, Isnin selepas peguam yang ditahan reman oleh SPRM Putrajaya selama empat hari berakhir Ahad.

Bagaimanapun, peguam itu ditahan semula oleh pegawai SPRM Pahang pukul 12.40 tengah hari Ahad selepas tiga jam dibebaskan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Khamis lepas, selain peguam, tiga lagi individu turut ditahan iaitu seorang berpangkat Datuk yang merupakan bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Pahang, yang kini menjadi ahli perniagaan, seorang pegawai kanan JMG Pahang dan seorang wanita pekerja syarikat perlombongan.

Mereka berusia antara 34 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.-- Bernama

bauksit, SPRM, peguam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain