suria

Banduan Larikan Diri Ketika Ke Tandas Di Marang

Penjara Marang.

MARANG: Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23 tahun yang sedang menjalani hukuman di Penjara Marang meloloskan diri ketika sedang mengikuti kelas agama di penjara berkenaan pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Suhaimi Ali berkata dalam kejadian kira-kirapukul 10.20 pagi itu banduan tersebut dikatakan meminta izin kepada ustaz yang mengajar untuk keluar ke tandas.

"Namun suspek dipercayai tidak pulang semua ke kelas berkenaan lantas ustaz itu memaklumkan kejadian itu kepada warden yang bertugas," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau tidak menolak kemungkinan suspek melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang tandas berkenaan.

Katanya suspek yang berasal dari Marang itu mula menjalani hukuman di penjara berkenaan pada 3 Jan lalu di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.

"Pihak polis kini melancarkan Op Tutup bagi memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek memaklumkan kepada pihak polis. -Bernama

Banduan lari, Marang

Artikel Sebelum

Artikel Lain