suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Litar Terpelantik Punca Sebahagian Sarawak Terputus Bekalan Elektrik

KUCHING: Litar terpelantik berganda menyebabkan beberapa kawasan di sini, Sibu dan Mukah sebahagiannya terputus bekalan elektrik petang Sabtu.

Kejadian itu bermula pukul 6.38 petang.

Bagaimanapun, bekalan elektrik ke beberapa kawasan di Sibu kembali pulih dalam masa 30 minit, bekalan di Kuching pulih dalam masa sejam, dan majoritri kawasan lain yang terjejas pulih dalam masa dua jam.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Media dan Pengurusan Isu Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB), insiden beberapa kawasan terputus bekalan elektrik disebabkan oleh litar terpelantik berganda pada talian penghantaran 275 kilovolt (KV) dari Kemena di Bintulu ke Selangau dekat Sibu.

Ia menambah talian yang terjejas telah disusun semula dalam masa satu jam untuk membolehkan bekalan dipulihkan secara beransur-ansur mulai pukul 7 malam dan seterusnya. - Bernama

Sarawak Energy Berhad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain