suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kesan Kereta Rempuh Rombongan Berarak Untuk Thaipusam

Gambar kereta dipercayai merempuh sekumpulan penganut Hindu yang berarak untuk sambutan Thaipusam di mana tiga daripada mereka maut.

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah mengesan kereta yang merempuh sekumpulan penganut Hindu berarak menyertai sambutan Thaipusam di Seri Petaling pada Sabtu.

Tiga peserta maut dalam kejadian itu.

Polis berkata, kenderaan tersebut jenis BMW dengan nombor pendaftaran PMH 718, merempuh kumpulan itu semasa menghampiri laluan keluar ke Seri Petaling di Lebuh Raya Utara Selatan pada pukul 8 pagi.

Kumpulan penganut berkenaan berjalan di laluan kecemasan. 

Pemandu kereta dilaporkan melarikan diri selepas kemalangan itu.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Saravanan Krishnan, 45; Kannan Chinnakanoo, 51 dan Papa Sinnah, 53.

Dua mereka yang cedera dikenal pasti sebagai Mageswaran Palanisamy, 40, dan Darrshen Devara, 18. 

Seorang lagi wanita yang cedera belum dikenal pasti.

Kesemua mereka menyertai rombongan berjalan kaki dari Senawang, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk sambutan Thaipusam.

Artikel Lain