suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukit Aman Panggil Nurul Izzah Isu Gambar 'Puteri Sulu'

KUALA LUMPUR: Bukit Aman memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk disoal siasat berhubung gambar yang diambil dengan Jacel Kiram iaitu anak perempuan kepada Jamalul Kiram III.

Jamalul adalah bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis pada Jumaat, Nurul Izzah menolak dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat negara.

"Saya sayangkan Malaysia dan telah berkali-kali menyatakan akan mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Tiada apa yang hendak disembunyikan.

"Saya datang ke Bukit Aman dengan sukarela untuk menjawab pertanyaan yang timbul berhubung gambar itu," katanya sambil menambah bahawa beliau telah memfailkan saman terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain