Lebuhraya Karak Dibuka - Semasa | mStar

Lebuhraya Karak Dibuka

KUALA LUMPUR: Laluan di Kilometer 52.4 Lentang-Bukit Tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula pada jam 12.45 tengah hari Ahad selepas ditutup sejak 11 November akibat banjir lumpur.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor ketika ditemubual media di lokasi kejadian mengesahkan perkara itu.

"Kerja-kerja membaiki jalan sudah selesai, bagaimanapun pihak berwajib masih menjalankan kajian bagi mengesan punca kejadian banjir lumpur itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan membuka laluan itu dibuat selepas kerja akhir membaiki jalan yang terjejas selepas kejadian siap dilakukan syarikat konsesi lebuh raya, ANIH Bhd.

Pada masa sama, katanya, pihaknya akan terus memantau situasi di sekitar lokasi kejadian banjir lumpur itu untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya itu.

"Keselamatan orang ramai lebih diutamakan," katanya.

Lentang , Bukit Tinggi , banjir lumpur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?