suria

Terapi Muzik Bantu Proses Pemulihan Pesakit Pediatrik

KUALA LUMPUR: Penggunaan muzik sebagai elemen terapi untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak ternyata mampu menghasilkan tindak balas positif.

Malahan pendekatan yang diterajui Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) itu membolehkan pesakit pediatrik melupakan penderitaan akibat penyakit yang dihidapi.

Program Pendidikan dan Lawatan Orkestra Filharmonik Malaysia (Encounter) adalah inisiatif MPO dengan kerjasama Hospital Selayang serta kolaborasi bersama Red Bubbles.

Pengurus Pendidikan dan Lawatan MPO, Soraya Mansor berkata, usahasama yang dirangka itu sebagai tanggungjawab sosial pihaknya untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanak-kanak.

"Menerusi program ini, MPO sendiri akan datang bagi menghiburkan kanak-kanak ini bagi mengurangkan kesakitan mereka," katanya.

Berdasarkan kajian, muzik mempunyai kesan ke atas badan dan minda, sekali gus terapi muzik dapat mengurangkan tekanan seseorang dan membantu meningkatkan penjagaan kesihatan.




terapi muzik, MPO

Artikel Lain