suria

Peniaga Diminta Tidak Jadikan Kenaikan Tol Naikkan Harga Barang - Fadillah

PETALING JAYA: Peniaga diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, faktor kenaikan kadar tol tidak boleh dijadikan alasan untuk peniaga mengaut keuntungan melampau sehingga membebankan pengguna.

"Sekiranya ada barang melebihi harga sepatutnya, pengguna perlu membuat aduan kepada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Ini bagi membolehkan pemantauan dan tindakan sewajarnya diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai dialog 'Tol Mengimbangi Realiti, Kehendak dan Masa Hadapan' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di sini, Selasa.

Turut serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno.

Fadillah berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup rakyat.

tol, Fadillah Yusof

Artikel Lain