suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IPK Johor, Melaka Terima Timbalan Ketua Polis Baharu

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 30 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata mereka termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman pemangku DCP Datuk Aishah Mohamad yang dilantik Timbalan Ketua Polis Johor.

SAC Datuk Ruslan Hassan yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Melaka.

Jawatan Ruslan akan diganti pemangku SAC Azisman Alias yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.  - BERNAMA

PDRM

Artikel Lain