suria

Nelayan Indonesia Tangkap Ikan Di Perairan Negara Diberkas

IPOH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan lima awak-awak dan seorang tekong warga Indonesia melakukan aktiviti menangkap ikan, kira-kira 45 batu nautika barat daya Pulau Pangkor di sini, Selasa.

 Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, kapal KM Nyalau yang diketuai Leftenan Madya Mohammad Khairul Faizal bersama 12 anak kapal melakukan rondaan operasi di perairan Selat Melaka sebelum berjaya mengesan bot tersebut.

"Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat sejumlah ikan hasil tangkapan mereka di dalam bot berkenaan.

"Kesemua awak-awak dan tekong bot itu berumur lingkungan 18 hingga 25 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulinda berkata kes tersebut disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 15(1)(a) dan ia merupakan kes ke-12 melibatkan bot nelayan Indonesia ditahan di perairan negara pada tahun ini.

Nelayan, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Lain