suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Didakwa Cabul Budak Enam Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun, Jumaat lepas.

Muhammad Iskandar Shahzrin Othman, 23, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud hendak mencabul kanak-kanak itu yang juga jirannya di sebuah unit apartmen di Brickfields di sini, pada 9.30 malam, 23 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar menawarkan jaminan RM20,000 namun tiada jaminan ditetapkan Majistret Mohd Rehan Mohd Aris kerana penjamin tertuduh tidak hadir.

Mahkamah menetapkan 3 Dis untuk sebutan semula kes. 

Cabul, Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain