suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasir Gudang Kekal Catat IPU Tidak Sihat Setakat 1 Tengah Hari

KUALA LUMPUR: Pasir Gudang di Johor masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 106 setakat pukul 1 tengah hari berbanding bacaan 105 pagi Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 31 kawasan pula mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Larkin Lama (89); Kota Tinggi (87); Pelabuhan Klang (80); Bukit Rambai (74); Bandaraya Melaka (72); Shah Alam (69); Petaling Jaya dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 67).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
jerebu, Pasir Gudang

Artikel Lain