suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Pua Intai Jawatan Pengerusi DAP Selangor

Tony Pua.

PETALING JAYA: Penyandang jawatan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, beliau berharap untuk terus menjadi pemimpin parti negeri dalam pemilihan pada 1 November ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau telah menghantar namanya untuk merebut salah satu daripada 15 kerusi majlis eksekutif.

Antara yang dijangka turut bertanding ialah Hannah Yeo, Datuk Teng Chang Kim, Gobind Singh, Lau Weng San, Rajiv Rishyakaran dan Ronnie Liu.

"Kita menyerahkan kebijaksanaan perwakilan untuk memilih 15 orang bagi jawatankuasa negeri.

"Dan jika jawatankuasa negeri melihatnya bersesuaian, saya mahu, sudah tentu, untuk dipilih semula sebagai pengerusi DAP Selangor," kata Pua kepada pemberita pada Ahad.

Jawatan tertinggi DAP Selangor akan dipilih selepas pemilihan 15 anggota majlis eksekutif parti negeri.


Tony Pua, DAP

Artikel Lain