Pembangkang Tidak Akan Setuju Apa Saja Yang Dilakukan Kerajaan - Semasa | mStar

Pembangkang Tidak Akan Setuju Apa Saja Yang Dilakukan Kerajaan

Johari Baharom

SIBU: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum berkata pihak pembangkang sememangnya tidak akan bersetuju dengan apa sahaja yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan termasuk Bajet 2016.

Menurut beliau, bajet itu adalah cukup baik kerana Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sedar golongan sasar mana yang harus diberikan keutamaan.

"Seperti mana pada masa-masa lalu, pembangkang tidak pernah bersetuju dengan bajet yang dibentangkan kerajaan. Saya tahu mereka amat kecewa melihat bajet yang begitu baik yang diumumkan semalam," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai berkata, Najib didakwa tidak menyediakan pelan yang dipercayai boleh mengatasi sebarang masalah luar jangka yang timbul kesan daripada isu 1Malaysia Development Bhd.

Menurut Johari, keadaan ekonomi yang agak perlahan pada masa sekarang bukan sahaja dihadapi negara ini sahaja tetapi di negara-negara juga.

Namun demikian katanya, Malaysia dapat mengadakan satu bajet baik seperti peruntukan bagi pembinaan hospital, sekolah dan yang paling penting kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan kepada rakyat selain menekankan aspek penjagaan keselamatan negara.

Sebelum itu, Mohd Johari melawat keluarga anggota 9 Briged Infantri mendiang Koperal Victoria Rantai di Jalan Sentosa di sini.

Victoria, 38 bersama rakan setugasnya mendiang Koperal Jaman Garai, 35 terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Km 121 Jalan Sibu-Bintulu ketika dalam perjalanan untuk satu tugasan di Sungai Asap baru-baru ini.

Mohd Johari kemudiannya melawat keluarga mendiang Koperal Jaman di Taman Kenari, Kemuyang di sini sebelum makan tengah hari di Wisma Perwira 9 Briged di Kem Rascom dan kemudiannya berlepas untuk lawatan ke Miri.-- Bernama




Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain