suria

Fokus Bajet 2016 Untungkan Rakyat Sabah, Sarawak - Adenan Satem

Adenan Satem.

KUALA LUMPUR: Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, rakyat Sarawak bersyukur dengan pelbagai inisiatif dan projek yang telah digariskan di sebalik tanggapan tertentu pihak pembangkang berikutan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka tahun depan.

"Kita berterima kasih atas peruntukan itu yang pastinya akan memberi banyak manfaat untuk rakyat dan ekonomi negeri," katanya dalam satu forum yang dianjurkan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2015, di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016, mengumumkan lebih RM29 bilion yang dikhaskan kepada kedua-dua negeri itu.

Peruntukan itu, antaranya sebanyak RM16.1 billion diperuntukan untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak, dan RM12.8 bilion untuk LPB di Sabah. - Bernama

Bajet 2016, Adenan Satem

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain