suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

APMM Miri Patah Cubaan Warga Vietnam Ceroboh Perairan Sarawak

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menangkap 15 orang awak-awak termasuk tekong kesemuanya warganegara Vietnam kerana kesalahan menceroboh perairan Sarawak pukul 2.35 petang, Jumaat.

Pengarah Operasi APMM Miri Komander Maritim, Syed Nor Adli Syed Abdul Rahman berkata, kesemua suspek tersebut berumur 16 hingga 46 tahun ditahan dalam Ops Permai semasa rondaan oleh APMM Miri berhampiran dengan perairan Kuala Baram, Miri semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati bot tersebut berdaftar di Sabah dan tidak memiliki kebenaran bertulis dari Jabatan Perikanan Sarawak menangkap ikan di perairan Sarawak,"katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di luar kawasan dan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan.

"Suspek pada mulanya telah membuang alat menangkap ikan iaitu pukat tunda untuk mengelak ditangkap namun berjaya ditemui di kawasan berhampiran,"katanya.


APMM, Vietnam, Sarawak

Artikel Lain