suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

440,682 Calon SPM 2015 Mulai 2 November Hingga 8 Disember

KUALA LUMPUR: Sejumlah 440,682 orang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dijadual diadakan pada 2 November hingga 8 Disember ini.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan di sini, Jumaat.

Sebanyak 29,799 calon atau 6.8 peratus merupakan calon persendirian.

"Calon akan menduduki peperiksaan yang akan dijalankan di 3,501 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 34,146 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan seperti dijadualkan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan telah diedar ke sekolah-sekolah dan juga boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.lp.edu.my.

"Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.-- Bernama

SPM, Kementerian Pendidikan

Artikel Lain