suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Baring Di Lebuhraya Mungkin Kejadian 4 Oktober - Plus

KUALA LUMPUR: Rakaman video mengenai perbuatan seorang lelaki yang berbaring di tengah Lebuhraya Utara-Selatan yang tersebar di laman sosial mungkin kejadian 4 Oktober lepas, kata PLUS Malaysia Berhad.

Menurut kenyataan PLUS pada KHamis, Pusat Kawalan Trafik PLUS menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 11.30 pagi hari berkenaan.

"Panggilan daripada pengguna lebuh raya itu memaklumkan tentang perbuatan  seorang lelaki berbaring di atas lebih raya di KM266.2 arah utara berhampiran Persimpangan Bertingkat Ainsdale, Seremban," kata syarikat konsesi itu.

Pasukan PLUSRonda diarahkan ke lokasi kejadian namun lelaki itu telah beredar sebelum mereka tiba.

Rakaman itu menunjukkan lelaki berkenaan bertindak melakukan aksi regangan dengan tidak memakai baju.

baring di lebuhraya, Plus, regangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain