Foodpin Bantu Cari Tempat Makan Pilihan - Semasa | mStar

Foodpin Bantu Cari Tempat Makan Pilihan

PETALING JAYA: Anda tercari-cari tempat yang menarik dan menyajikan makanan enak?

Adakah anda memerlukan bantuan bagi mengetahui lokasi tempat makan istimewa?

Jika ya, aplikasi dikenali sebagai FoodPin yang baharu dilancarkan boleh membantu anda.

Melaluinya, pengguna boleh memilih restoran berdasarkan keutamaan, jenis makanan, harga, kualiti, halal atau vegetarian serta jarak.

Ketua penyelidik FoodPin, Dr Marzanah Jabar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, aplikasi itu dilihat berguna terutamanya dalam situasi ekonomi semasa.

Katanya aplikasi itu juga akan memaparkan tempat makan dari pelbagai bajet yang ditetapkan.

"Pengguna boleh membuat ketetapan berikut apabila mereka menukar pilihan harga. Ia amat berguna kepada sesiapa juga yang berhati-hati dengan perbelanjaan mereka," katanya.

FoodPin dilancarkan pada majlis Pelancaran Produk Inovasi UPM di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada Jumaat lalu.

Aplikasi ini telah diuji di kawasan berhampiran UPM oleh kira-kira 100 pengguna setakat ini.

FoodPin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain