Individu Dakwa Waris Sultan Sulu Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Individu Dakwa Waris Sultan Sulu Meninggal Dunia

Esmail Kiram II.

PETALING: Individu yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu, Esmail Kiram II meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 petang Sabtu.

Adik ipar Esmail, Abraham Idjirani, mengesahkan kematian lelaki berusia 76 tahun itu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

Difahamkan Esmail meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang di sebuah hospital di Zamboanga City, selatan Filipina.

Esmail menggantikan abangnya, Jamalul Kiram III yang meninggal pada Oktober 2013 di Manila.

Selepas mengambil alih takhta tersebut, Esmail mengisytiharkan akan meneruskan perjuangan Jamalul untuk merampas semula Sabah.

Anak Esmail, Datu Amir Bahar Husim Kiram ditahan di Kota Kinabalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Amir sedang dibicarakan atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan pengkhianatan semasa insiden pencerobohan di Kampung Tanduo pada 2013.

Sultan Sulu , Esmail Kiram II

Artikel Sebelum

Wanita Gelang Tarik Perhatian Ramai

Artikel Berikut

Artikel Lain