suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Jumpa Sultan Johor Sejam Di Istana Bukit Serene

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengadakan pertemuan selama sejam dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Bukit Serene di sini, Ahad.

Najib berada di Johor untuk melihat perkembangan yang berlaku di negeri itu termasuk bertemu dengan Sultan Johor.

Sultan Johor dan Najib kemudiannya menikmati makan tengah hari bersama di Danga Bay.

Mereka turut melihat projek pembangunan di sepanjang pesisir pantai Johor Baru terutamanya projek yang dibangunkan pemaju China, Country Garden.

Ini adalah pertemuan pertama Najib bersama Sultan Johor selepas pengguguran Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas rombakan Kabinet pada Julai lalu.

Najib dijangka menghadiri sebuah majlis Umno di Muar pada petang Ahad.



Sultan Johor, Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain