suria

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan kualiti udara di seluruh negara pulih sepenuhnya pagi ini dengan kebanyakan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan tiada lagi kawasan yang mempunyai bacaan  tidak sihat.

Pada pukul malam tadi, hanya satu kawasan iaitu Balok Baru di Kuantan yang  merekod kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 101, manakala kawasan lain merekodkan kualiti udara sederhana dan sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 45 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana dengan Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 95 setakat 9 pagi ini.

Sementara tujuh kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat kualiti udara sihat dengan Institut Latihan Perindustrian Miri mencatat bacaan (28), Limbang (32), Sandakan dan Kapit (masing-masing 36), Kota Kinabalu (39), Keningau (43) dan Miri (44).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200  (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU, Jerebu

Artikel Lain