suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Direman 14 Hari

Suspek dilihat berdiri di hadapan imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim sebelum menolak dan menamparnya ketika mengimamkan solat Jumaat.

KUALA LUMPUR: Lelaki warga India yang menolak dan menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat direman selama 14 hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek, Ahbir Ahmad Khan, 31, direman bermula Sabtu hingga 2 Oktober ini.

"Lelaki itu disiasat kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dan melakukan ugutan jenayah.

Pada Jumaat, difahamkan imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim sedang membacakan surah apabila suspek berdiri dihadapannya dan menolaknya pada pukul 1.30 petang.

Lelaki dari Kashmir itu juga cuba merampas mikrofon sebelum menampar imam berkenaan pada pipi kanan dikatakan untuk mengimamkan solat itu.

Bagaimanapun, pihak keselamatan dapat mengawal keadaan dengan menahan lelaki itu untuk membolehkan imam berkenaan melaksanakan tugasnya semula.

Masjid Negara, imam, Ahbir Ahmad Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain