suria

Dua Remaja Dipenjara, Didenda Tunggang Motosikal Ala "Superman"

KUALA LUMPUR: Dua remaja pada Jumaat dipenjara dua hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah  menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala 'Superman'.

Majistret Zilfinaz Abbas turut memerintahkan Muhammad Zulfirman Mohd Ikram, 18, dan Muhammad Amin Md Isa, 22, menjalani hukuman penjara itu bermula Jumaat dan tambahan hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulfirman danMuhammad Amin, masing-masing menggunakanmotosikal jenis Yamaha RXZ sertaYamaha Lagenda didakwa menunggang secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala 'Superman' dengan meletakkan dada pada kusyen serta mengangkat kaki lurus ke belakang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuhraya DUKE, di sini, antara jam 3.30 dan 3.35 pagi, Jumaat dan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Terdahulu, Pegawai PendakwaInspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun,Muhammad Zulfirman dan Muhammad Amin yang tidak diwakili peguam,memohon dijatuhkan hukuman ringan atas alasan berasal daripada keluarga susah.




motosikal, superman, mahkamah

Artikel Berikut

Artikel Lain