suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairuddin Ditahan Polis Berkaitan Laporan 1MDB

Khairuddin Abu Hassan.

PETALING JAYA: Selepas dilarang meninggalkan negara ini, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan polis pada malam Jumaat.

Peguamnya, Matthias Chang mengesahkan Khairuddin dibawa ke balai polis Dang Wangi dari rumahnya.

Sebelum ini, Khairuddin yang membuat dua laporan polis berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal tersebut kepada pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.

Susulan itu,  Khairuddin berkata beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal syarikat pelaburan kerajaan berkenaan.

Terdahulu, Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang.

Khairuddin turut membuat laporan polis mengenai 1MDB di Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong.

Beliau dipecat daripada jawatannya pada Februari susulan laporan terhadap 1MDB.

Khairuddin Abu Hassan, 1MDB, PDRM

Artikel Lain