suria

Kerajaan Akan Nilai, Pertimbang Cadangan Rakyat Dalam Kempen #Bajet2016

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia pada Jumaat membentangkan langkah Bajet 2016 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Perdana Menteri, banyak cadangan telah diberikan oleh ramai pihak dan individu yang mengambil bahagian dalam kempen #Bajet2016 menerusi laman blog beliau www.najibrazak.com.

"Terima kasih kepada semua yang telah mengemukakan cadangan untuk #Bajet2016. Saya akan menelitinya bersama Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa terdekat," katanya di laman twitter dan Facebook beliau.

Antara lain, Hairul Kham mencadangkan kerajaan mengurangkan cukai pendapatan bagi syarikat bertaraf 'enterprise' milik Bumiputera kepada 10 peratus.

Zul Mohd pula memohon kerajaan mengawal aktiviti penerokaan hutan untuk tujuan pembukaan ladang sawit baharu memandangkan banyak kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan hujan di Gua Musang, Kelantan dan di tempat-tempat lain, telah diteroka.

Clement Lee mencadangkan gaji permulaan pekerja ditetapkan berdasarkan gaji asas purata seluruh negara dalam sektor tertentu bagi memastikan gaji pekerja setanding dengan kos hidup.

Bajet 2016 akan dibentangkan pada 23 Oktober depan. - BERNAMA

Bajet2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain