suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ali Tinju Dilepas & Dibebas Dari Pertuduhan Menghasut

Mohd Ali Baharom.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Julai lepas.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu pada Khamis selepas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali "Ali Tinju".

Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Ali diwakili peguam R.K.Savan.

Ali Tinju, hasutan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain