suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: Sekolah Di Beberapa Bahagian Sarawak Diarah Tutup

KUCHING: Sekolah di beberapa bahagian di Sarawak diarahkan tutup pada Khamis selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menghampiri paras sangat tidak sihat.

"Berkuat kuasa pada pagi ini, sekolah-sekolah Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau dinasihatkan supaya ditutup kerana bacaan IPU hampir 200 iaitu paras sangat tidak sihat," kata Jabatan Pendidikan negeri dalam satu kenyataan pada Khamis.

IPU di Samarahan menunjukkan bacaan 195 setakat 7 pagi.

Bacaan IPU antara 100 sehingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Sekolah-sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka yang diarahkan tutup pada Selasa lalu dibuka semula pada Khamis selepas bacaan IPU menghampiri bacaan sangat tidak sihat.

IPU, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Lain