suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Haiwan Dalam Keadaan Teruk Diselamatkan Dari Zoo Mini

KOTA KINABALU: Lebih daripada 50 ekor haiwan diselamatkan dari zoo mini milik Sekolah Rendah Yuk Chin di Tawau pagi Khamis, kata Pengarah Hidupan Liar Sabah William Baya.

Beliau berkata sepasukan doktor haiwan dan renjer Jabatan Hidupan Liar dan Unit Penyelamat Hidupan Liar diarah menyelamatkan haiwan yang disimpan dalam keadaan teruk di zoo itu.

"Saya telah mengarahkan semua pegawai Hidupan Liar untuk membekukan pemberian lesen kepada mana-mana zoo mini dan menjalankan pemeriksaan ke atas semua zoo mini sedia ada di negeri ini untuk memastikan haiwan peliharaan mereka disimpan dan dijaga dengan sebaiknya," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

William berkata zoo mini milik sekolah tersebut yang menempatkan haiwan seperti buaya muara sepanjang 3.05 meter, babi hutan, beruk ekor panjang, spesies burung, dan kucing, beroperasi selama 20 tahun bertujuan mendidik pelajar sekolah mengenai hidupan liar.

Beliau berkata pihak jabatan akan mengambil masa dua hari untuk menyelamatkan kesemua haiwan itu untuk dipindahkan ke kawasan lain.

"Kesemua haiwan itu akan diperiksa tahap kesihatannya dan akan dilepaskan ke dalam hutan sekiranya perlu," katanya.
zoo mini, William Baya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain