suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpun 16: Tiga Cedera, Peserta Baju Merah Enggan Undur Di Petaling Street

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peserta perhimpunan "baju merah" di Petaling Street masih enggan berundur walaupun Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan tembakan meriam air ke arah mereka.

Kumpulan tersebut menegaskan mereka sepatutnya dibenarkan memasuki Petaling Street dan mengancam untuk merempuh penghadang.

Dua peserta dan seorang pegawai polis dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Ketiga-tiga mereka menerima rawatan perubatan.

Kira-kira pukul 4.53 petang Rabu, FRU melepaskan tembakan meriam air di Petaling Street kerana peserta bertindak di luar kawalan.

Botol air dilaporkan dibaling oleh peserta perhimpunan dan beberapa individu dilihat mengalami pendarahan akibat kekecohan sebelum FRU melepaskan tembakan meriam air.

Himpun 16, FRU

Artikel Lain