suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Terlibat Kes Rogol, Samun Di Selangor

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai melakukan beberapa jenayah rogol dan samun di sekitar Selangor, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam di rumahnya berhampiran kawasan Persiaran Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini.

"Suspek mengaku telah melakukan tiga kes jenayah sejak awal tahun ini dan kemudiannya menunjukkan sebuah van berwarna hijau yang digunakan untuk merogol dan menyamun mangsa yang tinggal di sebelah rumahnya baru-baru ini," katanya.

Willey berkata suspek yang bekerja sendiri itu mempunyai rekod jenayah lampau dan menjadi buruan polis, dipercayai turut merogol seorang mangsa berusia 20-an di Kajang Utama pada 15 Ogos lepas.

Katanya penangkapan suspek telah menyelesaikan beberapa kes rogol sebelum ini di sekitar Selangor.

"Modus operandinya ialah dengan memanjat bumbung dan mencabut atap genting kediaman sebelum memecah siling rumah untuk masuk selain memperkosa mangsa di dalam rumah dengan bersenjatakan pisau," katanya.

samun, rogol, Selangor

Artikel Lain