suria

Dua Ditahan Bantu Siasat Rempuhan Di Petaling Street

KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di hadapan Petaling Street di sini Rabu selepas sekumpulan peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' cuba merempuh kawalan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah.

"Semasa perhimpunan, terdapat sekumpulan lelaki cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki kawasan Petaling Street.

"Keadaan itu menyebabkan seorang anggota polis patah jari tangan ketika cuba menghalang mereka manakala seorang lagi anggota cedera di bahagian kepala dipercayai terkena benda keras.

"Keadaan ini menyebabkan polis melepaskan semburan air untuk meredakan ketegangan," katanya.

Tajudin berkata perhimpunan di Padang Merbok bersurai pukul 6.30 petang manakala di Petaling Street pukul 7.00 petang.

Katanya, perhimpunan di ibu negara itu telah melangggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan polis akan mengambil tindakan.

Petaling Street, Himpun 16

Artikel Sebelum

Artikel Lain