suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Lelaki Terlibat Dadah Ditahan

JOHOR BARU: Polis menahan 10 lelaki disyaki terlibat dengan dadah dalam empat serbuan menerusi Op Tapis di Felda Tenggaroh 6 dan Felda Tenggaroh 2, dekat Mersing, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt M. Kumar berkata dalam kesemua serbuan itu,  pihaknya turut merampas dadah jenis heroin seberat kira-kira 101.27 gram serta wang tunai RM1,040.

"Empat daripada lima lelaki yang ditahan di Felda Tenggaroh 6 itu positif dadah jenis MOP manakala seorang lagi memiliki dadah jenis heroin," katanya.

Kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 45 tahun, direman sehingga 23 September ini, katanya.

Kumar berkata hasil siasatan awal mendapati dadah yang dirampas itu dipercayai dibungkus semula dan diedarkan kepada penagih di kawasan Felda berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

dadah, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain