suria

Dua Nelayan Hilang Di Pontian, Selamat Ditemui Di Batu Pahat

JOHOR BARU: Dua nelayan yang dikhuatiri hilang selepas terputus hubungan ketika menjaring ikan di sekitar perairan Kampung Penerok, Pontian petang Selasa, selamat dijumpai di kawasan Parit Botak, Batu Pahat, petang Rabu.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Johor Baharu Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata nelayan berkenaan dijumpai pada kira-kira 30 batu nautika dari Peneruk dan diselamatkan oleh bot pukat tunda kira-kira 2 petang Rabu.

"Bot mereka kehabisan minyak lalu hanyut di kawasan jarak penglihatan terhad.

"Seorang daripada mereka dihantar pulang ke Kampung Penerok ikut jalan darat manakala lagi seorang menunggu minyak di Parit Botak sebelum membawa balik bot berkenaan ke Kampung Penerok," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Kedua-dua nelayan dari Kampung Penerok itu, Shaiful Nizam Md Said, 37, dan Osman Mohd Yusof, 53, sepatutnya pulang pada 2 pagi tadi (Rabu) setelah keluar menjaring ikan di laut sejak 4.30 petang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sekitar 10.45 pagi tadi menggunakan bot laju dan sebuah kapal peronda meliputi kawasan pencarian seluas 100 batu persegi dari Pulau Pisang sehingga ke Pulau Kukup, Pontian.

nelayan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain