suria

Saluran TV Internet The Star Dilancar

PETALING JAYA: Star Media Group pada Rabu melancarkan satu lagi produk bawah syarikat tersebut iaitu saluran televisyen internet dikenali thestartv.com

Pelancarannya dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksektuifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai sempena ulang tahun ke 44 syarikat media itu.

Chun Wai berkata, dalam mendepani keadaan media yang semakin berkembang, satu transformasi media ke arah dunia digital perlu dilakukan bagi kemudahan orang ramai khususnya penggemar internet.

“Ketika ini orang mendapatkan maklumat terus melalui telefon dan perubahan dalam dunia digital perlu dilakukan dengan pengenalan thestartv.com,” katanya.

Wong Chun Wai (tengah) melancarkan thestartv.com di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut Chun Wai, dunia digital kini menuntut orang ramai mahukan informasi dalam bentuk video yang mudah menerusi rangkaian telefon bimbit masing-masing.

Malah ia bukan sahaja terletak kepada video-video dalam bahasa Inggeris sebaliknya perkembangan dunia digital dalam bahasa Malaysia dapat dilihat menerusi portal mStar Online.

“Saya melihat perkembangan dunia digital dalam Bahasa Malaysia juga meningkat melalui mStar Online kerana orang Malaysia sedang melakukan perubahan untuk mendapatkan berita dengan cara lebih mudah,” katanya.

Selain pelancaran thestartv.com, pengerusi kumpulan Star Media Group, Datuk Fu Ah Kiow turut menyampaikan penghargaan kepada petugas yang berkhidmat melebihi 15 tahun dan 25 tahun.

Saluran TV The Star kini boleh dilayari menerusi http://www.thestartv.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain