suria

Lelaki Indonesia Ugut Letup Kapal Terbang Ditahan

- Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan seorang petani warga Indonesia yang mengugut untuk meletupkan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini.

Lelaki itu, 61, kelihatan marah selepas dia diberitahu oleh kakitangan penerbangan bahawa berat bagasinya telah melebihi had yang diperuntukkan semasa daftar masuk di kaunter.

Dia kemudian tiba-tiba naik angin dan menjerit; "Bom kapal hari ini bagi semua mati."

Selepas mendapat arahan daripada pegawai atasan, seorang kakitangan di situ menghalang lelaki itu daripada menaiki penerbangan ke Medan yang dijadualkan pada pukul 12.10 tengahari Rabu.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas mengetahui bahawa suspek telah menempah penerbangan pukul 6.15 petang dengan syarikat penerbangan lain.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
bom kapal terbang, Lai Fah Hin

Artikel Lain