suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Tak Hadir Sambutan Merdeka

Dr Mahathir ketika menyertai Bersih 4 di pekarangan Pasar Seni, Ahad.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-58 selepas mencetuskan kontroversi kerana menghadiri perhimpunan Bersih 4.

Sebelum ini, Dr Mahathir akan hadir pada sambutan kemerdekaan negara setiap tahun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak mengesahkan ketidakhadiran Dr Mahathir.

"Beliau dijemput tetapi menjawab tidak akan hadir," kata Mohd Salleh ketika dihubungi.

Kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan itu mendapat kritikan pemimpin Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bertindak bertentangan prinsipnya dengan menyertai protes jalanan itu.

"Jangan bakar kelambu hanya kerana seekor nyamuk," tulis Menteri Pertahanan itu menerusi Facebooknya.




Dr Mahathir Mohamad, merdeka

Artikel Lain