suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pesuruhjaya Sarawak Sertai GHB

KUCHING: Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Othman Mustapha mengumumkan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak berkuat kuasa Isnin.

Pengerusi GHB Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden berkata keputusan Othman itu adalah kerana yakin dengan pendekatan Islam dibawa gerakan itu yang lebih inklusif dan progresif.

"Dengan kehadiran Ustaz Othman yang memiliki pengalaman luas, ia mampu membantu GHB Sarawak melangkah lebih jauh dalam usaha dakwah di Sarawak dengan lebih berkesan dan progresif," katanya kepada Bernama.

Othman yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam Bidang Pengajian Usulludin di bawah Jabatan Akidah dan Falsafah, dipilih memimpin PAS negeri dari 2009 hingga 2010.

Pada Mei 2010, khidmat Othman digantikan oleh Adam Ahid.

Allahyarham Adam berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri sehingga beliau meninggal dunia pada 17 Ogos lepas.

Othman pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum 1999 di Parlimen Batang Sadong, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Sukinam Domo.

GHB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain