suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Lori Didenda RM1,200 Cederakan Ibu Teman Wanita

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencederakan ibu teman wanitanya tahun lepas, seorang pemandu lori didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Kunaseilan, 22, selepas dia mengaku bersalah mencederakan suri rumah G. Shanmugavally, 42.

Kunaseilan didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Intan Baiduri, Kepong, di sini pada 7.30 malam, 26 Okt 2014 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bersama teman wanitanya (anak mangsa) dan lima lelaki telah pergi ke rumah Shanmugavally dan menyuruhnya membuka pintu rumah tetapi mangsa enggan.

Tertuduh kemudian membuka pintu rumah dengan menggunakan kunci lain lalu menolak wanita itu sehingga terjatuh dan memukulnya di kepala dan tangan sebelum melarikan diri bersama teman wanitanya itu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asp Nom Phot Prackdit manakala peguam R. Murugan mewakili tertuduh.

Artikel Lain