suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazir Razak Ikrar Bantu Pulih Ekonomi

Nazir Razak

PETALING JAYA: Datuk Seri Nazir Razak berjanji menyatakan kebenaran kepada 'mereka yang berkuasa' selepas dipilih menganggotai Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan.

"Saya menjangkakan penubuhan jawatankuasa baharu, tapi bukan saya sebagai sebahagian daripadanya, kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi posting terbaharu di Instagram pada Khamis.

Mengakui terkejut dengan pelantikan itu, Nazir bagaimanapun berharap beliau mampu membantu kerajaan menguruskan ekonomi negara.

"Bagaimanapun saya akan bercakap benar kepada pihak yang kuasa dan berharap ia akan membantu kerajaan untuk mengemudi ekonomi melalui kegawatan ini," kata Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Rabu Najib mengumumkan struktur dan fungsi penubuhan JKE yang akan menimbang perancangan serta-merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi Malaysia.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata JKE yang akan melapor terus kepada beliau, akan mempertimbangkan penelitian terhadap isu-isu semasa seperti nilai ringgit, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta mengukuhkan keyakinan dalam pasaran modal.

JKE diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Artikel Berikut

Artikel Lain