suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahap Kualiti Udara Seluruh Negara Bertambah Baik

Para Penjawat Awam memakai topeng muka ketika pulang dari kerja berikutan ruang udara pusat pentadbiran Kerajaan Putrajaya diselubungi jerebu hingga Bangunan Perdana Putra kelihatan samar ketika tinjauan fotoBERNAMA pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Tahap kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada pagi Khamis apabila tiada lagi kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU sederhana dicatat di Langkawi (77), Alor Setar dan Nilai (74), Sungai Petani (73), Seri Manjung, Perak (70), Larkin Lama (63), Muar (61), Pasir Gudang (59), Bakar Arang (74), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (52), Bandaraya Melaka (64), Bukit Rambai (65), Port Dickson (69), Seremban (62) dan Balok Baru, Kuantan (55).

Kualiti IPU sederhana turut direkodkan di Jerantut (68), Jalan Tasek, Ipoh (68), Kampung Air Putih, Taiping (68), Kangar (68), Perai (66), Seberang Jaya 2 (73), USM Pulau Pinang (72), Keningau, Sabah (54), Kuching Sarawak (69), Samarahan (75), Jerantut (68), Sarikei (55) dan Sri Aman (71).

Kawasan lain yang turut mencatat IPU sederhana ialah Kuala Selangor (72), Pelabuhan Kelang (86), Petaling Jaya (68), Shah Alam (76), Kuala Terengganu (60), Paka (60), Batu Muda, Kuala Lumpur (69), Cheras (62) dan Putrajaya (69).

Bacaan IPU baik pula dicatat di beberapa kawasan iaitu di Kota Tinggi, Johor (39), Tanah Merah, Kelantan (41), Tanjung Malim, Perak (43), Sandakan, Sabah (32), Tawau (40), Bintulu, Sarawak (47), Miri (47), Kapit (37), Limbang (36), Sibu (49) dan Labuan (46).

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka.

Kualiti Udara, UPU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain