suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PNB Umum Dividen 6.40 Sen ASW 2020

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Khamis mengumumkan dividen 6.40 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2015.

Dividen berkenaan merupakan penurunan 0.20 sen seunit berbanding 6.60 sen yang diumumkan tahun lepas, kata Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sidang media mengumumkan dividen berkenaan di sini.

Beliau berkata kadar agihan pendapatan itu wajar berdasarkan kelembapan pasaran dan juga kompetitif berbanding instrumen pasaran lain yang mempunyai ciri-ciri dan profil risiko yang sama.

Ahmad Sarji berkata agihan pendapatan tahun ini melibatkan pembayaran sebanyak RM1.14 bilion dan pembayaran berdasarkan purata ekuiti minimum yang dipegang bagi tahun kewangan ASW 2020.

"Pembayaran berkenaan dijangka melibatkan 883,422 pemegang unit yang melanggan 17 bilion unit ASW," katanya.

ASW 2020, PNB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain