suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Operasi Cari Serpihan Di Pulau Reunion Dihentikan

KUALA LUMPUR: Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).

Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.

"Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi.

Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan kepada pasukan penyiasat sama ada ia boleh dikaitkan dengan kapal terbang itu," menurut polis yang dipetik laporan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Reuters, pasukan itu akan terus bersiap siaga terhadap kemungkinan memperoleh penemuan baharu.

Pada 6 Ogos, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370 - menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Pada 12 pula, Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) mengesahkan bahawa bahagian daripada sayap pesawat itu adalah daripada MH370 yang belum dijumpai.

Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru.

Pulau Reunion, MH370

Artikel Lain