suria

Zeti Benarkan Polis Siasat Pegawai Bank Negara - KPN

Khalid Abu Bakar.

SUBANG JAYA: Polis mendapat kebenaran daripada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk menyiasat tujuh pegawai BNM di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kakitangan BNM disoal siasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat daripada penyiasatan terhadapi 1Malaysia Development Board (1MDB).

"Kita masih siasat kebocoran maklumat itu. Bukan sahaja Bank Negara. Kita minta beberapa pihak dari SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan saksi lain untuk membantu kita.

"Pegawai Bank Negara disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Sekarang jika anda tanya bagaimana kami menyiasat mereka di bawah akta itu, ini kerana kita telah meminta Gabenor sendirin untuk memberikan kuasa dan beliau membenarkannya," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terdahulu, tujuh pegawai BNM berkenaan disiasat di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

Zeti berkata, beliau bukan antara tujuh pegawai yang disiasat polis namun menjelaskan bahawa BNM akan terus bekerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.


Artikel Lain