suria

GHB Terima Banyak Permohonan Daripada Anggota PAS - Pengerusi GHB

YAN: Gerakan Harapan Baru (GHB) menerima banyak permohonan daripada anggota dan kepimpinan PAS dan golongan ulama parti itu yang mahu menganggotainya, dakwa Pengerusi GHB, Mohamad Sabu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB akan melakukan pembaharuan dalam kancah politik pakatan pembangkang dan mengambil alih kedudukan PAS.

Menurutnya, dijangka lebih ramai akan menyertai gerakan tersebut selepas urusan pendaftarannya sebagai sebuah parti politik yang sah dijangka selesai pada 31 Ogos ini.

"Selepas ini mungkin ada perubahan dari segi nama (GHB) atau struktur kepimpinannya. Perubahan itu akan berlaku dari masa ke masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Aidilfitri GHB Kedah di Guar Chempedak di sini, Khamis.

Katanya, GHB turut disokong oleh golongan agama iaitu kira-kira 500 daripada mereka akan mengambil bahagian dalam seminar Nadwah yang akan berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Jumaat. - Bernama

Mohamad Sabu, GHB

Artikel Berikut

Artikel Lain